fbpx

Kebakaran kelab malam ragut 59 nyawa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kelab malam yang hangus dijilat api di Kocani, Macedonia Utara semalam. - Getty Images

BELGRADE – Sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh, manakala lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran sebuah kelab malam di Macedonia Utara, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Kebakaran tercetus sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Kelab Pulse semasa konsert kumpulan muzik DNK yang dihadiri kira-kira 500 pengunjung.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya, Biljana Arsovska berkata, hanya seorang ahli kumpulan itu terselamat dan sedang menerima rawatan di hospital.

“Secara keseluruhan, kira-kira 155 orang mengalami kecederaan. 

“Kami menahan 10 suspek yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kebakaran itu termasuk pegawai dari kementerian berkaitan yang membenarkan konsert tersebut,” katanya. 

Menteri Dalam Negeri, Pance Toskovski berkata, kelab malam itu tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi, manakala polis sedang meneliti sama ada kebakaran itu mempunyai kaitan  dengan rasuah. 

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada penggunaan alat piroteknik yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar,” tambahnya. 

Kerajaan turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari di samping menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI