fbpx

Johor mahu jadi kuasa baharu sukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAIRI (tengah) menyampaikan sumbangan Aidilfitri pada wakil penerima dalam satu majlis diadakan di Masjid Kampung Melayu Majidee kelmarin. - BAZLAN IBRAHIM

PELANTIKAN legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai duta sukan Johor akan menyaksikan negara itu berada di landasan tepat sebagai kuasa baharu sukan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, pelantikan itu akan menyuntik semangat golongan muda mencontohi pencapaian dan kegemilangan jaguh sukan terdahulu.

“Pelantikan ini akan memberi impak positif kepada pembangunan generasi muda selain mengukuhkan perancangan negeri ini bergelar kuasa baharu sukan di Malaysia pada masa akan datang.

“Datuk Lee Chong Wei adalah figura terkenal sukan negara yang pernah mengharumkan nama negara di persada antabangsa, kehadirannya akan mempengaruhi bakat muda di negeri ini,” katanya dalam satu majlis di Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru kelmarin.

Pada 13 Mac lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarainya untuk dilantik sebagai duta sukan Johor ketika sesi soal jawab dengan peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) di Cafeteria JDT.

Beberapa atlet bertaraf dunia turut dinamakan Tunku Mahkota Ismail dalam usaha memacu memacu program pembangunan sukan dan belia di negeri selatan tanah air itu.

Selain pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu, antara ikon sukan terkemuka dunia yang tersenarai seperti Sonny Bill Williams, Khabib Nurmagomedov dan Tim Cahill.

Mohd. Hairi berkata, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan bersama legenda badminton dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju serta peranan terhadap pembangunan sukan badminton di Johor.

Menurutnya, lebih ramai atlet sukan bertaraf dunia dijangka akan menjadi duta sukan Johor dalam usaha menjadi pemangkin pembangunan atlet muda di negeri ini.

“Insya-Allah kita akan lihat lebih ramai lagi individu bertaraf dunia akan kita jadikan duta kepada atlet di Johor. Saya rasa ia cukup baik untuk pembangunan generasi muda melihat mereka (duta) yang pernah menjadi mencipta nama di peringkat dunia.

“Ada (atlet) bola keranjang, kriket, hoki dan senarai pendek nama pemain bertaraf dunia untuk kita menggalakkan pemain-pemain muda. Individu itu datang ke negeri Johor pastinya mereka menarik minat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI