fbpx

HRD Corp lancar inisiatif eksklusif bagi majikan premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahul ketika perasmian Premier Employer Network hari ini

 

KUALA LUMPUR – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) hari ini melancarkan Premier Employer Network (PEN) yang membantu majikan premier dalam rangkaian sama memberi pengurusan latihan yang lebih bersasar dan pelbagai manfaat istimewa lain.

Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood berkata, berlandaskan prinsip keutamaan, eksklusiviti serta kerjasama strategik majikan,
PEN mendukung aspirasi Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam memperkukuh pembangunan tenaga kerja serta memperhebat keterlibatan industri.

“Melalui inisiatif ini, majikan premier akan mendapat akses eksklusif kepada pasukan pakar pembelajaran dan pembangunan (L&D) HRD Corp yang akan memastikan penyelesaian yang lebih bersesuaian, proses yang lebih lancar serta perkhidmatan yang diberikan keutamaan.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan HRD Corp dalam menyelaraskan pembangunan modal insan dengan menawarkan strategi yang disesuaikan serta proses yang lebih cekap untuk memperkasa perniagaan,” katanya ketika berucap pada perasmian PEN di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Azman bin Mohd Yusof.

Sementara itu Shahul berkata, inisiatif itu antara lain dapat terus menambah baik perkhidmatan bagi memenuhi keperluan rakan majikan premier HRD Corp yang sentiasa berevolusi.

“Bermula 1 Jun ini, para majikan premier akan menikmati enam manfaat di bawah inisiatif PEN seperti Polisi Geran Fleksibel, Dana Bakat Industri
dan Laluan Pantas (Green Lane).

“Selain itu, Penyatuan Saluran, Pengalaman Pelanggan dan Pengurus Perhubungan,” katanya.

Katanya, selain daripada perkhidmatan pengurusan latihan, majikan premier akan menikmati pelbagai manfaat eksklusif lain termasuk informasi terkini, previu latihan, hari penghargaan, perkongsian amalan terbaik, rebat khas, sesi perkongsian, program duta HRD Corp, papan pemuka (dashboard) majikan, dan mesyuarat bersama penasihat terlatih yang diperakui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI