fbpx

Houthi serang kapal induk AS 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal pengangkut pesawat, USS Harry Truman di Selat Gibraltar pada 25 November 2024. - AFP

SANAA – Pemberontak Houthi di Yemen kelmarin mendakwa menyerang kumpulan gempur kapal induk Amerika Syarikat(AS) sebanyak dua kali dalam 24 jam sebagai membalas serangan udara Washington.

Militia Houthi pada awalnya berkata, mereka melancarkan 18 peluru berpandu dan sebuah dron menyasarkan kapal pengangkut pesawat, USS Harry Truman dan kapal-kapal perang pengiringnya di Laut Merah, sebelum melancarkan bedilan kedua beberapa jam kemudian.

Washington belum mengulas berhubung dakwaan serangan Houthi.

Dalam satu kenyataan menerusi Telegram kelmarin, seorang jurucakap Houthi berkata, serangan ke atas kumpulan kapal induk itu sebagai ‘membalas serangan berterusan AS terhadap negara kami’.

Terdahulu, kementerian kesihatan Houthi memberitahu, wanita dan kanak-kanak ialah antara 53 orang yang terbunuh dan 98 lagi cedera dalam serangan AS pada Sabtu lepas.

Media Houthi melaporkan lebih banyak letupan malam kelmarin dan menuduh AS menyasarkan sebuah kilang kapas di rantau Hodeida, barat Yemen serta Galaxy Leader iaitu kapal Israel yang dirampas lebih setahun lalu.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) menggesa kedua-dua belah pihak supaya ‘menghentikan semua aktiviti ketenteraan’.

Militia Houthi yang menguasai sebahagian besar Yemen, bertindak menyerang Israel dan laluan perkapalan di Laut Mera sepanjang perang Gaza sebagai solidariti bersama rakyat Palestin. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI