fbpx

F1: Norris menang aksi ‘gila’ GP Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS berjaya muncul juara pada perlumbaan pembukaan F1 musim 2025 apabila menawan GP Australia semalam. - AFP

MELBOURNE – Pelumba McLaren, Lando Norris menepati ramalan apabila memenangi aksi pembuka tirai saingan Formula Satu (F1) 2025 selepas muncul juara Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park semalam.

Walaupun berdepan perlumbaan yang cukup mencabar ekoran litar basah akibat hujan, tetapi percaturan dilakukan McLaren selain sikap tenang dipamerkan nyata membuahkan hasil buat pelumba Britain itu.

Pada penghujung perlumbaan, Norris dicabar pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen sebaik sahaja kereta keselamatan meninggalkan trek, namun dia berjaya mengekalkan fokus sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

“Perlumbaan yang cukup hebat dan permulaan terbaik untuk saingan musim ini. Memang sangat sukar hari ini (semalam) kerana berdepan cuaca yang sukar diramal, jadi ia sangat rumit untuk saya.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi perlu diingat bahawa saingan masih panjang. Max (Verstappen) dan Oscar (Piastri) memberikan cabaran cukup baik, tetapi saya kekal tenang dan fokus,” katanya sebaik tamat perlumbaan.

Terdahulu, McLaren pada awalnya dilihat berpeluang menamatkan perlumbaan dengan kedudukan 1-2 apabila jauh meninggalkan pelumba-pelumba lain sebelum Piastri terbabas di pusingan ke-44 akibat permukaan trek licin.

Mengiringi Norris di podium adalah Verstappen yang terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala tempat ketiga menjadi milik George Russell dari pasukan Mercedes. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI