fbpx

EPL: Kedudukan Forest terus kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELANGA (kanan) berada dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol buat Forest ketika menewaskan Ipswich malam kelmarin. - AFP

LONDON – Pengendali Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo memberi amaran kepada barisan pemain supaya tidak terbuai dengan mimpi indah meskipun misi untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ‘Top 4’ semakin hampir direalisasikan.

Sebagai rekod, Forest berjaya mengukuhkan status selaku pasukan ketiga terbaik EPL musim ini apabila melakar kemenangan 4-2 ke atas Ipswich Town malam kelmarin sekali gus kekal berada di belakang Arsenal dan Liverpool.

Namun, Santo tidak mahu pasukan terlalu yakin memandangkan saingan liga musim ini masih lagi panjang dan pemain perlu fokus pada setiap baki perlawanan yang diharungi nanti.

“Saya langsung tidak melihat kedudukan semasa liga kerana kami perlu fokus kepada prestasi pasukan. Masih ada sembilan perlawanan yang perlu diharungi dan kami tidak boleh terlalu gembira.

“Mengenai perlawanan ini, saya tidak mempunyai masalah dengan apa yang pasukan pamerkan pada babak pertama tetapi pada separuh masa kedua, kami agak goyah selepas membiarkan lawan menjaringkan dua gol,” katanya.

Empat gol Forest dalam aksi di Portman Road itu diperoleh menerusi dua jaringan Anthony Elanga selain satu daripada Nikola Milenkovic serta Jota Silva, manakala Jeans Cajuste dan George Hirst meledak dua gol buat Ipswich.

Sementara itu, Santo turut berharap tiga tonggak pasukan, Morgan Gibbs-White, Elliot Anderson dan Callum Hudson-Odoi terus bersabar apabila tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan England untuk kempen perlawanan antarabangsa bulan ini.

“Saya harap tumpuan mereka tidak terjejas apabila disisihkan daripada England terutama Gibbs-White. Semua tahu kualiti yang ada pada Gibbs-White dan mungkin peluangnya akan tiba tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI