fbpx

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika ditemui pemberita pada Program Karisma Pemikir Madani Siri 5, di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

 

SEREMBAN – Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Madani seperti tersebar di media sosial adalah tidak benar serta berniat mahu merosakkan perpaduan dalam kalangan ahli Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, dakwaan itu juga adalah sekadar “mainan” dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

“Sekiranya berlaku saya sebagai Setiausaha Agung BN sudah pun mengetahui. Jadi jangan kita dengarlah ini, cuma saya fikir ini adalah ‘mainan-mainan’ mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

” (Mereka)… ini dalam usaha mereka untuk merungkaikan perpaduan dan ketahanan yang ada dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN yang sekarang ini begitu baik dan mantap bersama di dalam Kerajaan (Madani) ini,” katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Program Karisma Pemikir Madani Siri 5, di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI