fbpx

Cuti 2,500 penguat kuasa JPJ dibeku untuk operasi Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly ketika sidang akhbar di Puspakom Shah Alam hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Semua cuti bagi 2,500 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibekukan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Ketua Pengarah JPJ , Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi tersebut akan bermula 24 Mac ini hingga 8 April depan dengan anggota terlibat akan ditempatkan di seluruh negara.

“Kita ada 2,500 anggota penguat kuasa JPJ seluruh negara akan terlibat dalam Op Aidilfitri pada tahun ini.

“Di peringkat JPJ, kita akan bekukan cuti anggota penguat kuasa kita untuk tempoh operasi itu kecuali dua hari cuti tersebut (Hari Raya Pertama dan Kedua Aidilfitri). Yang lain kita tak bagi cuti.

“Antara diperiksa paling banyak kenderaan perdagangan dan lima item tidak melibatkan aspek keselamatan termasuk tanda had laju akan dimasukkan dalam pemeriksaan JPJ kali ini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Shah Alam hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkaitan arahan atau larangan kenderaan berat melalui kawasan jalan-jalan digazetkan tiada kenderaan berat.

“Jadi, sekiranya ada kenderaan yang memerlukan pemeriksaan di Puspakom, ia perlu membawa slip janji temu. Sekiranya ditahan anggota penguat kuasa, boleh tunjukkan slip itu dan kita tidak ambil tindakan.

“Saya juga nasihat kepada pemilik kenderaan kalau hendak pergi pemeriksaan Puspakom ada jalan-jalan alternatif yang tidak melalui jalan-jalan dilarang itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI