fbpx

Beruang gergasi makan lelaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa diserang beruang betina seberat 117.93 kilogram di Taman Negara Yellowstone, AS. - ABC News

HELENA, MONTANA – Seorang lelaki maut selepas diserang seekor beruang gergasi ketika berjalan di kawasan hutan di negeri Montana, lapor portal berita Daily Star semalam. 

Kejadian berlaku di Lake Village, Taman Negara Yellowstone. 

Lance Crosby, 63, dilaporkan masuk ke kawasan hutan tanpa membawa sebarang peralatan keselamatan dan telefon bimbit. 

Pihak berkuasa berkata, dia berjalan seorang diri dan hanya bergantung pada nalurinya. 

“Crosby dimakan hidup-hidup oleh seekor beruang betina seberat 117.93 kilogram bersama anak-anaknya. 

“Mayat mangsa kemudian diseret dan disembunyikan di bawah timbunan kayu pine. 

“Mayat lelaki itu ditemui kira-kira 0.8 kilometer dari laluan terdekat dengan kesan luka pada anggota badan,” katanya. 

Pihak berkuasa menangkap beruang tersebut dan menjalankan ujian untuk mengenal pasti sama ada mangsa dibunuh oleh haiwan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI