fbpx

Bayar RM350 sebulan makan tengah hari bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared turut serta dalam operasi JAIJ menyerbu kedai makan di kawasan Pasar Borong Pandan, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Sebuah kedai makan di kawasan Pasar Borong Pandan, di sini mengenakan bayaran RM320 sebulan bagi setiap pelanggan untuk makan di premis tersebut termasuk di waktu tengah hari di bulan Ramadan.

Serbuan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di premis itu mendapati kira-kira 20 warga asing beragama Islam sedang menjamu selera.

Tidak kurang juga segelintir daripada mereka yang lari lintang pukang setelah menyedari kehadiran penguat kuasa JAIJ, melalui pintu belakang restoran berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid, kedai makan milik warga tempatan itu adalah lokasi ketiga yang diserbu pada hari ini.

“Dua serbuan awal dilakukan, tidak ada tangkapan dilakukan, manakala serbuan terakhir ini kita dapati ramai warga asing beragama Islam ditahan sedang menjamu selera.

“Ketika serbuan, ada yang tengah menyuap makanan, ada yang menghirup minuman secara terbuka. Ini perbuatan yang tidak menghormati kesucian agama Islam khususnya di bulan Ramadan.

“Walaupun mereka bukan orang tempatan, selagi mana mereka beragama Islam, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah itu terpakai juga untuk mereka bagi dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan serbuan pematuhan di bulan Ramadan di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI