fbpx

Azam Baki dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam menerima watikah pelantikan daripada Shahrin pada majlis yang berlangsung di UiTM Shah Alam hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF

Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

SHAH ALAM – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan pengalaman dan kepakaran luas beliau dalam bidang penyiasatan serta forensik jenayah kewangan.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibudin berkata, pelantikan tersebut juga merupakan hasil kerjasama strategik antara Bahagian Analisa Kewangan (BAK) SPRM dan Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI)

Menurut beliau, kerjasama itu bertujuan untuk memperkukuh penyelidikan dalam bidang pencegahan jenayah kewangan dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus korporat serta memperluas advokasi integriti dalam sektor kewangan dan perakaunan di Malaysia.

“Melalui pelantikan itu, ARI dapat memperkasa penyelidikan dalam bidang jenayah kewangan dengan menyediakan pandangan dan analisis mendalam terhadap trend serta kelemahan dalam sistem kawal selia boleh diperbaiki,” katanya pada majlis penyerahan watikah pelantikan Profesor Adjung tersebut hari ini.

Sementara itu, Azam ketika ditemui pemberita menzahirkan penghargaan terhadap peluang yang diberikan oleh UiTM untuk beliau berkongsi pengetahuan kepada universiti berkenaan.

“Saya akan cuba sebaik mungkin memberi sumbangan kepada UiTM, secara spesifiknya kepada isu integriti, jenayah kewangan dan sebagainya serta kaedah-kaedah penyiasatan terkini berdasarkan pengalaman bertugas di BPR (Badan Pencegah Rasuah) dan SPRM mencecah 42 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI