MELAKA – Sukarelawan yang dikenali sebagai Abang Viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar, mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Eva Noza Zakaria telah berakhir selepas hampir tiga tahun bersama.
Dalam satu hantaran di TikTok, Azwan mengakui bahawa perkahwinannya tidak dapat diselamatkan dan perceraian adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil.
“Sudah berpisah, tak mampu bertahan lagi. Maruah kita sendiri yang diinjak. Pesan untuk hati, ikhlaskan yang telah pergi. Sakit, tapi itulah hakikat,” luahnya dalam hantaran tersebut.
Tambahnya, walaupun sukar, kehidupan perlu diteruskan dan dia berusaha untuk bangkit daripada pengalaman pahit itu.
Dalam siaran langsung di media sosial, Azwan turut berseloroh bahawa dia akan berkahwin pada hari Jumaat, namun masih belum menemui calon yang sesuai.
Abang Viva dan Eva Noza mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022, namun hubungan mereka kemudian dikhabarkan berdepan krisis. – KOSMO! ONLINE