JAKARTA – Perbuatan dua wanita di Indonesia yang bertengkar sehingga menarik rambut kerana masalah tuntutan nafkah mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita INews Sulsel semalam.
Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan dua wanita itu saling menengking dan menarik rambut sesama mereka.
Mereka juga enggan mengalah meskipun orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Seorang penduduk tempatan berkata, pertikaian tercetus apabila salah seorang wanita terbabit menuntut nafkah setelah diceraikan oleh suaminya.
“Situasi menjadi tegang apabila isteri baharu kepada si suami masuk campur sehingga mencetuskan pergaduhan lisan dan fizikal.
“Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya. – AGENSI