fbpx

‘Yang penting makanan untuk lapan anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAS IMRAN (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Noor Irwin (dua dari kiri) ketika ditemui di rumahnya di PPR Taman Desa Mutiara, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Kira-kira dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, namun seorang pengawal keselamatan masih belum terfikir untuk membuat persiapan termasuk membeli baju raya lapan anaknya.

Noor Irwin Mat Noor, 39, berkata, perkara itu bukanlah keutamaan buat mereka sekeluarga, sebaliknya dia lebih memikirkan makanan apa yang akan ‘disuap’ ke mulut anak-anak berusia antara setahun hingga 13 tahun setiap hari.

“Sebagai ketua keluarga saya perlu banyak berkorban dan me­lakukan apa sahaja, ada kalanya terpaksa meminjam dengan adik beradik dan mengharap ihsan jiran tetangga.

“Walau diuji dengan kesusahan hidup, saya dan isteri, Nor Lia Abd. Rashid, 29, sentiasa bersyukur dan berasa rezeki kami cukup untuk seharian,” katanya ketika ditemui di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam ha­dir menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan makanan bernilai RM1,000 kepada keluarga Noor Irwin.

Katanya, meskipun pendapatan bulanan hanya RM1,700 sebulan, dia dapat berjimat ke­rana bekerja dekat dengan rumah selain boleh balik untuk makan.

“Pada bulan puasa pula, pihak pengurusan sedia juadah berbuka, ada masa saya bawa pulang lebihan makanan itu ke rumah untuk dibuat menu bersahur.

“Setakat ini, saya belum membuat persiapan untuk hari raya, saya tidak kisah kalau pakai baju raya lama asalkan anak-anak gembira dengan pakaian baru,” katanya.

Ujar Noor Irwin, lima anak­nya berada di bangku sekolah, manakala tiga lagi masih kecil.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank 4679-4647-23 atau hubungi talian 010-6620 279.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI