PETALING JAYA – Gelagat seorang pemuda membawa payung kanopi berjalan di sebuah bazar Ramadan ketika hujan menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran di TikTok @Ysmiinh, pemuda tersebut pada awalnya hanya mahu mengelakkan makanan di premis perniagaannya daripada terkena hujan.
Namun, tindakannya membawa payung sebesar itu di tengah bazar mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan situasi tersebut.
“Habis satu bazar nak dipayungkannya,” seloroh @Shesgneee.
“Ini baru betul, jangan cakap abang tak payung,” komen @Nemeyldamz.
“Betul-betul selamatkan diri sendiri ni,” tambah @Itsadi_1.
Hantaran tersebut terus mendapat perhatian dengan menerima 59,900 tanda suka, 304 komen dan 2,338 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@ysmiinhAura 💯♬ suara asli – king – PESAN KHUSUS