fbpx

[VIDEO] Gagal ‘diculik’, pemilik rayu bantu cari Maine Coon hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing baka Maine Coon milik Cindy Xloozie, dicuri sekumpulan individu tidak dikenali.

PETALING JAYA – Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk mencari kucing baka Maine Coon miliknya yang hilang selepas rumahnya di Taman Jaya Mas, Johor diceroboh sekumpulan individu tidak dikenali, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pemilik kucing tersebut, Cindy Xloozie, tiga lelaki memecah masuk rumahnya untuk mencuri haiwan kesayangannya itu.

“Tolong sebarkan, tiga orang ceroboh kediaman kami di Jaya Mas, Johor untuk mencuri kucing (baka) Maine Coon,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Cindy, haiwan peliharaannya itu dipercayai berjaya melepaskan diri dan terlepas ke kawasan semak berhampiran.

“Saya amat berharap sesiapa yang ternampak atau menemui kucing ini supaya menghubungi saya segera,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang bersimpati dengan pemilik haiwan itu selain meluahkan rasa bimbang akan keselamatan kucing tersebut.

“Orang ini (penceroboh) mesti dah lama perhati rumah sebab kalau tak, macam mana dia tahu ada kucing Maine Coon? Lagipun tembok tinggi,” kata seorang pengguna.

“Jahatnya manusia ni. Kasihan kucing dalam sangkar,” luah seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`