fbpx

[VIDEO] Apalah amalanmu, king?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler dan kereta Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Gua Musang, hari ini.

PETALING JAYA – Berpantang maut sebelum ajal, itulah nasib seorang pemandu sebuah kereta jenis Myvi apabila nyaris terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah treler di Gua Musang, Kelantan hari ini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai, treler terbabit yang dilihat bergerak laju bagaimanapun telah merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux yang diparkir di sebelah kiri Myvi.

Rakaman berdurasi 44 saat itu, turut menunjukkan pemandu Hilux berkenaan sempat lari masuk ke dalam kedai untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, satu klip video di TikTok @JAIN’S, memaparkan keadaan ketiga-tiga kenderaan terbabit selepas kemalangan.

Kereta Myvi berkenaan dilihat mengalami sedikit kerosakan akibat bergesel dengan treler tersebut.

“Mujur kereta (Myvi) ini, treler lalu dekat celah dia sebelum terbabas. Ada orang pula dalam kereta Myvi itu. Kalau rempuh tadi itu, Allahuakbar,” katanya.

Justeru, rata-rata meluahkan rasa terkejut berhubung kemalangan itu dan menyifatkan pemandu kereta Myvi berkenaan sebagai bertuah.

“Apalah amalanmu, king?” kata Wan.

“Myvi tetap di posisi tapi Hilux hilang daripada video,” seloroh Alip.

“Tekan ‘pause’ (berhenti), tetap tak nampak kelibat lori. Laju tahap apa ini?” soal seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

@jains405 Allahuakhbar#infokemalangan #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – JAIN’S

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI