fbpx

Vesel nelayan tempatan gaji tiga pekerja secara tidak sah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Zon Maritim Mersing berjaya menahan sebuah vesel nelayan tempatan yang disyaki menggaji tiga pekerja secara tidak sah di kedudukan 5.9 batu nautika utara Pulau Pemanggil, Mersing, semalam.

MERSING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing berjaya menahan sebuah vesel nelayan tempatan yang disyaki menggaji tiga pekerja secara tidak sah.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata kesemua pekerja warga asing itu juga didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah ketika ditahan di kedudukan 5.9 batu nautika utara Pulau Pemanggil pukul 9.30 pagi semalam.

Katanya, penahanan tersebut dibuat dalam operasi penguatkuasaan di perairan Mersing oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan OP Jaksa, OP Tiris dan OP Khas Pagar Laut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, tiga daripada lima kru vesel tersebut merupakan warga Myanmar yang tidak mempunyai kelulusan untuk bekerja di atas vesel penangkapan ikan serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Vesel bersama kesemua kru terdiri daripada dua warga tempatan termasuk tekong serta tiga warga asing berusia lingkungan 40 hingga 52 tahun telah diiring ke Jeti Maritim Malaysia Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut oleh pihak siasatan Zon Maritim Mersing.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen
1959/63,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik vesel yang menggaji pekerja asing secara tidak sah.

“Sebarang aduan atau maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan kecemasan di laut boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau kecemasan 999 bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara terus terpelihara,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI