fbpx

Takut! Malique jadi duta pakaian raya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH Malique yang disunting dengan teknologi AI sebagai model baju Melayu sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.

SEJAK kebelakangan ini, nama rapper Malique kembali hangat dan menjadi bualan ramai dalam media sosial.

Perkara tersebut tercetus selepas bekas anggota kumpulan Too Phat itu mewujudkan akaun Instagram sekali gus membuatkan ramai teruja.

Rentetan daripada ‘comeback’ tersebut, ada pula yang membuat suntingan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan menampilkan Malique menjadi sebagai model baju Melayu untuk sebuah jenama tempatan.

Meski hanya sekadar suntingan, ramai yang melahirkan harapan agar perkara tersebut benar-benar menjadi kenyataan sekali gus mengubat rindu peminatnya.

“Harap sangat hati Malique terbuka untuk muncul kembali.

“Walaupun sekadar AI, terubat juga rindu peminat dan boleh bayangkan Malique berbaju Melayu,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI