fbpx

Suami isteri maut kereta langgar pembahagi jalan, berpusing sebelum dirempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang dinaiki suami isteri (kiri) dan SUV yang terlibat dalam kemalangan di KM 128.3 Lebuhraya PLUS, arah utara berhampiran Yong Peng, Batu Pahat, pagi semalam.-Foto PDRM

BATU PAHAT – Sepasang suami isteri menemui ajal selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Yong Peng, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, kereta dinaiki pasangan tersebut kemudian dirempuh pula sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari belakang yang tidak sempat mengelak.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Mohd. Shahrul Nizam Mohd. Ali, 24, dan isterinya, Nursuhada Kartika Razak, 23, dari Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan itu sedang bergerak dari arah sama.

“Kereta dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai hilang kawalan, terbabas dan melanggar penghadang lebuh raya sehingga berpusing beberapa kali.

“Sebuah SUV yang berada di belakang kereta pasangan itu gagal mengelak lalu melanggar kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrulanuar berkata, akibat perlanggaran itu, pasangan tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu SUV berusia 50-an cedera dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI