fbpx

Sinar Ramadan Bulan Bintang santuni Orang Asli, asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azzim semasa melancarkan pop up sebuah replika gergasi baju Melayu setinggi 12 kaki di Starhill sebelum ini.

PETALING JAYA – Jenama pakaian terkemuka tempatan, Bulan Bintang memperuntukkan lebih RM500,000 bagi program tanggungjawab sosial (CSR) kepada golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan menerusi Kempen Sinar Ramadan itu menyasarkan orang Asli serta asnaf di beberapa kawasan di Sabah dan Selangor.

Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi berkata, kempen tersebut adalah program tahun kedua berturut-turut syarikat berkenaan dan kali ini syarikat itu akan bekerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

“Kami memperuntukkan lebih setengah juta ringgit untuk program ini. Ia merangkumi pelbagai inisiatif seperti membantu komuniti Orang Asli di Sabah dan golongan asnaf di Semenyih.

“Ini adalah salah satu cara kami memberikan kembali kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Azzim berkata, pihaknya turut mengadakan pop-up khas selama 13 hari di The Starhill, Kuala Lumpur bermula 12 hingga 23 Mac.

Jelasnya, tumpuan utama pop-up itu ialah sebuah replika gergasi baju Melayu setinggi 12 kaki, menjadikannya simbol ikonik yang melambangkan komitmen jenama ini untuk mempromosikan budaya dan warisan Melayu.

“Kami tahu Starhill, sebagai lokasi tumpuan pelancong dan orang ramai, adalah tempat yang sesuai untuk mempamerkan bukan sahaja baju Melayu tetapi juga budaya kita,”

“Replika setinggi 12 kaki ini dibuat khas untuk menarik perhatian dan memberikan impak besar kepada sesiapa yang melihatnya.

“Ini bukan hanya tentang jenama Bulan Bintang, tetapi ia juga tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memperkenalkan tradisi kepada dunia,” jelas Azzim.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI