PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul lima petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda enam negeri iaitu Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Rompin), Selangor (Klang dan Petaling) dan Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Sementara di Sabah meliputi pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat (Kota Marudu),” katanya. –KOSMO! ONLINE