fbpx

Remaja lelaki China lemas di kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN perubatan menjalankan pemeriksaan terhadap remaja lelaki yang ditemukan di kolam renang di sebuah kondominium di Taman Meru Idaman di Meru, Ipoh semalam.

IPOH – Seorang pelajar lelaki warga China ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah kondominium di Taman Meru Idaman di Meru, dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pihak bomba pada pukul 9.22 malam.

Sehubungan itu katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Setibanya di sana, didapati terdapat seorang remaja lelaki berada dalam keadaan melintang di dalam kolam pada kedalaman 1.2 meter.

“Berdasarkan maklumat, mangsa berusia 17 tahun itu merupakan warganegara China yang bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi segera dijalankan bagi mengambil mangsa di dalam kolam sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh anggota sehingga pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan oleh pegawai perubatan bagaimanapun mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia.

“Mayat remaja itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.47 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI