fbpx

Pemuda maut, motosikal langgar lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL mangsa yang remuk dalam kejadian kemalangan di Kilometer 6, Jalan Jerantut - Maran di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 6, Jalan Jerantut – Maran di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, mangsa Wan Taufiq Haikal, 23, dalam perjalanan dari arah Maran ke Jerantut.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC telah melanggar seekor lembu yang melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Akibat kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI