fbpx

Pembinaan Hospital Tuanku Jaafar 2 dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berbuka puasa bersama lebih 1,000 warga Tampin, di Padang Serbaguna, hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

TAMPIN – Isu mengenai keperluan segera dan mendesak membina Hospital Tuanku Jaafar 2 di Seremban bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat akan di bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan juga telah dibangkitkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin, hari ini.

“Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah keperluan segera dan mendesak pembinaan Hospital Tuanku Jaafar 2 di Seremban bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

“Justeru, saya telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk membawa cadangan ini ke Mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan agar ia dapat ditelaah dan dipercepatkan,” katanya sempena Majlis Berbuka Puasa di Padang Serbaguna, di sini, hari ini.

Di majlis berkenaan, lebih 1,000 warga di daerah ini berkesempatan berbuka puasa bersama Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI