fbpx

Liga M perlu lebih sengit demi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRIEND

KETUA Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend mengidamkan persaingan liga tempatan yang lebih kompetitif dalam usaha membentuk pasukan kebangsaan yang lebih mantap pada masa akan datang.

Menurut Friend, saingan Liga Malaysia (Liga M) yang lebih sengit pasti dapat membantu skuad Harimau Malaya kerana sebahagian besar pemain yang akan dipanggil dalam pasukan adalah daripada kejohanan di peringkat domestik.

“Saya rasa Malaysia ada potensi besar dan saya teruja untuk membantu pasukan ini meskipun kita perlukan sedikit masa.

“Tugas saya adalah untuk melihat daripada luar kotak terutama daripada perkembangan pemain di peringkat akar umbi hingga ke saingan profesional hinggalah kedudukan liga tempatan.

“Secara peribadi, asas yang penting adalah liga yang kukuh kerana jika kita tidak miliki liga yang kompetitif, sukar untuk ada pasukan kebangsaaan yang terbaik.

“Jika kita ada liga yang lebih baik, barisan pemain juga mampu memberikan aksi yang lebih bertenaga kerana mereka sudah harungi sesi latihan kompetitif di peringkat kelab,” katanya.

Pandangan sama turut disokong oleh pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski yang melihat Liga M ketika ini masih ketinggalan dengan liga-liga utama di rantau Asia.

“Ini bukanlah sekadar pandangan sebaliknya ada asas selepas kita mengumpul data kejohanan liga di rantau Asia dan kedudukan Malaysia agak rendah. Liga di Vietnam dan Thailand memiliki intensiti yang lebih tinggi.

“Saya tetap berharap kelemahan ini akan dipertingkat agar Liga M akan lebih maju dan berdaya saing selepas ini,” katanya.

Seramai 27 pemain telah dipanggil menyertai kem skuad Harimau Malaya bermula esok menjelang aksi pembukaan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI