fbpx

Jiran bina tembok besar selepas bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tembok setinggi 2 meter itu dibina selepas berlakunya pertikaian antara kedua-dua jiran itu. - Instagram

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia tular selepas mendedahkan bahawa jalan di hadapan rumah mereka dihalang akibat tembok yang dibina oleh jiran, lapor portal berita Tempo semalam. 

Kejadian berlaku di Tangerang, wilayah Banten baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan tembok setinggi 2 meter itu dibina di antara rumah mereka.

“Suami saya ada masalah jantung. Kami tidak boleh pergi ke hospital disebabkan tembok ini,” kata wanita itu di dalam video. 

Ketua Desa Lemo, Satria berkata tembok itu dibina pada 12 Mac lalu selepas berlakunya pertikaian antara kedua-dua jiran. 

“Perbalahan itu menyebabkan jirannya membuat keputusan untuk membina tembok sendiri. 

“Isu itu bagaimanapun telah diselesaikan selepas kedua-dua pihak mahu berdamai. 

“Penduduk tempatan bersama polis telah merobohkan tembok, manakala jalan sudah dapat dilalui oleh warga setempat,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI