fbpx

EFL: Liverpool cari penawar kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berpeluang untuk menjulang trofi pertama sekali gus mempertahankan gelaran Piala EFL yang telah dimenangi musim lalu. - AFP

LONDON – Pengendali Liverpool, Arne Slot mengaku berdebar untuk mengharungi final pertama bersama The Reds yang kini dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL) menjelang perlawanan bertemu Newcastle United tengah malam ini.

Sebagai rekod, Slot yang menjadi pengurus baharu The Kop bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Jurgen Klopp tahun lalu semakin hampir mencetak sejarah dengan menghadiahkan trofi berprestij buat pemain pada musim pertamanya kali ini.

Kata Slot, perlawanan akhir bertemu The Magpies itu cukup penting kerana ia bukan sahaja menjanjikan piala yang bermakna, malah dapat membantu pasukan melupakan kekecewaan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) awal minggu ini.

“Ini adalah perlawanan final pertama saya bersama Liverpool di Stadium Wembley dan sudah tentu saya cukup teruja. Namun, kita tidak boleh terlalu mendabik dada kerana kita akan berdepan pasukan yang hebat seperti Newcastle nanti.

“Namun, saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk pasukan mengubat duka selepas tersingkir daripada pentas UCL apabila tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG).

“Bukan perlawanan ini sahaja, kita juga akan mengharungi baki sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang boleh dianggap sebagai final buat pasukan musim ini.

“Kita tidak bernasib baik apabila tersingkir awal daripada saingan UCL dan Piala FA. Jika segalanya berjalan lancar, kita berpeluang untuk menjulang dua trofi (Piala EFL dan EPL) musim ini dan saya harap pemain bersedia sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Slot turut mengesahkan pemain tengah, Curtis Jones akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Trent Alexander-Arnold yang mengalami kecederaan di posisi bek kanan nanti.

“Jones akan bermain di posisi bek kanan. Arnold tidak sempat pulih daripada kecederaan ketika bertemu PSG dan kita kecewa kehilangan pemain cukup penting,” katanya.

Sementara itu, kapten The Reds, Virgil van Dijk menyeru rakan-rakan sepasukan kekal fokus jika berhasrat untuk mempertahankan trofi yang dimenangi musim lalu.

“Aksi final Piala EFL musim lepas cukup manis untuk dikenang tetapi kali ini adalah perlawanan berbeza. Kita akan menentang pasukan yang hebat dan pasukan perlu berada pada tahap terbaik,” katanya. – AGENSI

 

LALUAN KE FINAL

Pusingan ketiga

Liverpool 5 1 West Ham

 

Pusingan keempat

Brighton 2 3 Liverpool

 

Suku Akhir

Southampton 1 2 Liverpool 

 

Separuh akhir

Spurs 1 0 Liverpool

Liverpool 4 0 Spurs

Nota: Liverpool menang agregat 4-1

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI