fbpx

Dua penguat kuasa direman kes terima rasuah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota penguat kuasa dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk proses reman, hari ini.

ALOR SETAR – Dua anggota penguat kuasa direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kesalahan dadah.

Perintah reman terhadap dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an itu dikeluarkan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan antara pukul 4.30 hingga 5.30 petang semalam di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah ketika hadir bagi dirakam keterangan.

Katanya, mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM1,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan memiliki dadah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek dengan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI