fbpx

Dua kedai barang plastik musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kedai menjual barangan plastik di Jitra musnah dalam kebakaran, malam ini. - Foto FACEBOOK KEDAH KINI

JITRA – Dua kedai menjual barangan plastik di Jalan Changlun, di sini musnah dalam kebakaran malam ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Amdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.13 malam tadi.

“Pusat gerakan operasi mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Jitra dan Bukit Kayu Hitam dengan bantuan pasukan bomba sukarela ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua kedai bangunan jenis kekal dan anggaran awal kemusnahan kira-kira 90 peratus,” katanya di sini, malam ini.

Kata beliau, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.35 malam dan kejadian tidak melibatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI