fbpx

Amaran laut bergelora, ombak 3.5 meter minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran kategori pertama laut bergelora dan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer/jam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan minggu hadapan bermula dari Rabu hingga Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras laut yang berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai dijangka berlaku di sekitar kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak Barat.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda kawasan perairan Perak, Sarawak, Sabah Barat, Labuan dan Lahad Datu sehingga pukul dua petang hari ini.

“Cuaca buruk ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer/jam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI