fbpx

10,000 tiket LIMA’25 sudah terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Pasukan Black Eagle dari Korea Selatan yang menerbangkan pesawat jenis T50-B buatan negara itu melakukan persembahan udara pertama sebagai pembuka tirai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023. - Foto SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

LANGKAWI – Sebanyak 10,000 tiket untuk pelawat awam bagi menyaksikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) mulai 20 hingga 24 Mei ini telah terjual setakat ini.

Ketua Pegawai Operasi Global Exhibitions and Conferences Sdn. Bhd. (GEC), Lt. Kol (B) Rambedan Ahmad berkata, jualan tiket dibuat secara dalam talian iaitu menerusi laman sesawang https://registration.lima2025.com/ sejak awal Januari lalu.

“Sebanyak 10,000 tiket untuk pelawat awam dari dalam dan luar negara untuk menyaksikan LIMA’25 sudah terjual sehingga semalam.

“Ia memberikan menjadi petanda positif terhadap penganjuran pameran berprestij dwitahunan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri My Iftar@Langkawi anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Dataran Chenang, di sini semalam.

Katanya, pihaknya juga menjangkakan kesemua tapak pameran bagi acara tersebut akan habis terjual sebelum penganjuran LIMA’25 itu nanti.

“Saya yakin kesemua tapak pameran tersebut akan habis dijual sebelum LIMA’25 nanti yang akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC),” ujarnya.

Menurutnya, antara pempamer yang telah membuat tempahan adalah dari China, Perancis, United Kingdom, Australia dan Itali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI