fbpx

Warga emas maut, kereta dipandu cucu terbabas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki tiga sekeluarga yang terbabas di Kilometer 81 Jalan Kota Bharu - Gua Musang dekat Bukit Ah Kim, Kuala Krai hari ini.

 

KUALA KRAI – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu cucunya terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Bukit Ah Kim di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu, mangsa, Rahimah Daud, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, warga emas itu bersama anak perempuan berusia 52 tahun menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu cucunya yang berusia 21 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, tiga sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung mereka di Pasir Mas.

“Kereta tersebut dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung semasa tiba di lokasi kejadian.

“Kemalangan itu menyebabkan warga emas itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak perempuannya yang duduk ditempat duduk penumpang depan dan cucu mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mazlan memberitahu, mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, pemandu kereta dan ibunya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI