PETALING JAYA – Gara-gara mahu menikmati resipi ‘Crispy Thai Pancake’ dari Khairul Aming, seorang wanita meminta peniaga menyediakan juadah martabak mengikut resipi dicipta pempengaruh berkenaan.
Menurut @Sya_lie melalui perkongsian di TikTok miliknya, dia berbuat demikian susulan mahu menikmati martabak resipi pempengaruh berkenaan.
“Saya malas, jadi saya suruh abang martabak buatkan,” katanya.
Perkongsian tersebut disifatkan tindakan yang bijak oleh kebanyakan netizen dengan meminta peniaga martabak merealisasikan keinginannya itu.
“Ini bukan pakai ChatGPT lagi, ini terus upah orang buat kerja,” komen @Emma.
“Bijak tahap lain macam ni, boleh masuk kategori anak orang kaya waktu belajar,” balas @Zahirahfthi.
“Esok abang tu tambah menu, roti pisang KA,” komen @Arisyo. -KOSMO! ONLINE
@sya_lie saya mls jadi saya pegi suh abg martabak yg buatkan #khairulaming #fyp ♬ original sound – Hello Lemon