PETALING JAYA – Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila membeli nasi lemak bersama makanan laut sehingga mencecah RM630 di sebuah gerai.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok gerai nasi lemak berkenaan, lelaki tersebut memilih untuk menikmati hidangan makanan laut seperti king crab, udang kara dan sotong.
Difahamkan, hidangan makanan laut itu dijual di sebuah gerai nasi lemak berlauk yang terkenal di Dungun, Terengganu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian video tersebut.
“Aku sebagai B40 hanya mampu beli lauk yang harga bawah RM50 saja, itu pun yang mentah. Balik rumah masak sendiri, jimat pun jimat. Kenyang pun kenyang,” kata Acix.
“Dapat dekat orang Melayu, dia masak sambal ya ‘Alaska king crab’, menangis orang Alaska tengok menu ini,” seloroh Akmal.
“Kita tak tahu entah-entah lama dia menyimpan nak merasa makan begini dengan keluarga. Biarlah, tak perlu kecam,” kata Shah.
“Aku kalau teringin nak makan tak berkira, aku makan saja,” kata Izyan. – KOSMO! ONLINE
@juraidamamad2kemas sek mung🌹