fbpx

[VIDEO] ‘Patutlah parcel aku tak sampai-sampai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian samun yang tular di media sosial dipercayai berlaku di Meru, Klang semalam.

PETALING JAYA – Suasana di sebuah hub kurier dipercayai di Meru, Klang bertukar kecoh apabila tiba-tiba ‘diterjah’ sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, semalam.

Kejadian yang dirakamkan oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dipercayai berlaku di Meru, Klang, pada pukul 12.26 tengah hari.

Video tular yang berdurasi kira-kira seminit itu memaparkan tiga lelaki keluar daripada sebuah kereta bewarna biru dan meluru ke arah para pekerja yang sedang sibuk berhampiran kaunter.

Menerusi video berkenaan, dua suspek juga dilihat sempat meggeledah laci di kaunter berkenaan sebelum bergegas melarikan diri bersama kereta biru sama yang dipandu suspek lain.

Rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai komen menerusi perkongsian video kejadian berkenaan.

“Bulan puasa pun nak merompak bagai. Aduh!,” kata seorang netizen.

“Patutlah parcel (bungkusan) aku tak sampai-sampai,” kata netizen yang lain.

“Mesti dia orang panik, akhirnya baru perasan penyamun,” ujar Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI