fbpx

Verstappen akui Red Bull bukan terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berharap jentera RB20 dapat menunjukkan peningkatan dalam aksi pertama musim ini di GP Australia esok. - AFP

MELBOURNE – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen bersikap realistik menjelang Grand Prix (GP) Australia esok apabila mengakui Red Bull bukan pasukan terpantas ketika ini, namun bintang Belanda itu tetap optimis situasi boleh berubah sepanjang musim.

Selepas McLaren dan Ferrari mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam ujian pramusim di Bahrain, Red Bull kini berdepan persoalan mengenai keupayaan sebenar jentera mereka untuk terus mendominasi musim ini.

“Saya tahu kami bukan yang terpantas buat masa ini tetapi ini musim yang sangat panjang.

“Jika anda tanya soalan yang sama di sini tahun lepas dan bandingkan dengan akhir musim, situasinya sangat berbeza. Segalanya boleh berubah dengan pantas dalam dunia F1,” kata Verstappen.

Dia turut mengakui jentera RB20 mempunyai peningkatan musim lalu di mana dia hanya menamatkan perlumbaan di tempat keenam, namun masih ada beberapa isu yang perlu diperbaiki untuk memastikan mereka kembali ke tahap terbaik.

“Kami dah kenal pasti beberapa perkara yang perlu diperbaiki semasa ujian di Bahrain. Tapi kami akan terus bekerja keras untuk memperbaikinya,” tambahnya.

GP Australia kali ini turut menjadi detik istimewa buat Verstappen apabila menandakan ulang tahun ke-10 sejak membuat debut F1 pada 2015 dengan mencipta sejarah sebagai pemandu termuda beraksi pada usia 17 tahun 166 hari bersama Toro Rosso.

“Saya tak akan beri sebarang nasihat. Penting untuk membuat kesilapan dan belajar daripadanya.

“Jika saya tahu lebih awal apa yang bakal saya capai, semuanya akan jadi membosankan. Anda perlu merasai tekanan dan ketidakpastian untuk membina jalan ke pasukan terbaik,” katanya.

Meskipun Red Bull bukan pilihan utama ketika ini, pengalaman dan mentaliti juara yang dimiliki Verstappen menjadi senjata utama mereka dalam memburu kejayaan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI