fbpx

Saya buat drama bukan untuk jatuhkan Islam – Erma Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erma mempertahankan tindakannya melahirkan karya yang memberi kesedaran tentang agama.

MINGGU ini industri hiburan tanah air hangat dengan isu babak-babak panas yang diselitkan dalam drama tempatan.

Antara yang paling mendapat perhatian ramai adalah babak dalam drama Bidaah lakonan pelakon berkaliber, Vanidah Imran dan Faizal Hussein yang ditayangkan dalam platform penstriman, Viu Malaysia. 

Dalam babak tersebut, Vanidah yang sedang berbaring di atas katil dilihat menyentuh janggut Faizal Hussein menggunakan kakinya. 

Lebih membuatkan penonton kurang senang adalah watak Faizal merupakan seorang ahli agama dan drama tersebut pula ditayangkan dalam bulan mulia. 

Isu babak panas ini turut mendapat perhatian pendakwah selebriti yang mengkritik pengkarya tempatan seolah-olah kekurangan idea untuk dipaparkan kepada masyarakat. 

Menerusi hantaran yang dikongsikan pendakwah selebriti, PU Syed dalam akaun media sosialnya, dia meluahkan kekesalannya terhadap sutradara di Malaysia.

“Cerita Bidaah itu sendiri sudah Bidaah Dholalah. Apatah lagi plot cerita yang melampau ditonjolkan khasnya melibatkan Islam. Sudah mati idea gamaknya sutradara-sutradara di Malaysia ini dalam menghasilkan cerita-cerita berkualiti dan patuh syariah. 

“Memang wujud ajaran sesat yang menghambakan pengikutnya. Namun saya rasa tak perlulah dipertontonkan kepada khalayak. Apatah lagi babak di atas katil juga dipertontonkan seperti dalam video yang tular,” tulisnya. 

PU Syed turut menyarankan penerbit drama Bidaah iaitu Erma Fatima untuk menghasilkan karya yang lebih realistik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. 

“Mak cik Erma Fatima bolehlah cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisan atau cerita-cerita islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat,” sarannya. 

Selain Bidaah, PU Syed juga mendedahkan mendapat mesej daripada pengikut akaun media sosialnya yang menegur satu lagi karya Erma iaitu Keluarga Itu yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3.

PU SYED menyelar penghasilan drama-drama pengkarya tempatan yang seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan. 

“Drama Keluarga Itu yang dilakonkan pelakon senior dikatakan ada babak dan dialog yang tak senonoh ditonjolkan dalam drama tersebut. 

“Di sini boleh dipersoalkan apa fungsi agensi-agensi yang menapis drama atau filem sebelum dibenarkan untuk ditayangkan. Kementerian yang bertanggungjawab perlu tegas dalam isu ini. Adakah peraturan sudah semakin longgar?” soalnya. 

Sementara itu, penerbit drama Bidaah, Erma pula mendedahkan kisah yang dipaparkan dalam drama arahan Pali Yahya itu adalah bersandarkan kisah benar yang pernah dialaminya sendiri. 

“Bidaah adalah kisah benar. Saya pernah berada di dalam kumpulan jemaah seperti itu beberapa tahun lalu. Apabila saya duduk dalam kumpulan itu, ilmu agamanya betul. 

“Tiba-tiba satu hari saya dapat panggilan daripada seorang gadis daripada kumpulan itu memberitahu saya dia ditiduri tok gurunya. Bukan hanya dia, tetapi beberapa gadis lain. Ini bukan kisah bohong. Inilah bidaah. Akhirnya Saya bawa keluar gadis-gadis itu dari tempat tersebut. 

“Sebab itulah saya buat drama Bidaah.  Saya buat drama ini bukan untuk jatuhkan Islam. Tetapi saya mahu ibu bapa di luar sana kaji terlebih dahulu tentang siapa guru yang akan mengajar anak-anak mereka,” dedahnya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok. 

Babak panas bukanlah perkara baharu yang wujud dalam industri seni kita. Dulu babak-babak ini mungkin hanya dipaparkan untuk tayangan layar lebar untuk kumpulan penonton tertentu. 

Tetapi kini begitu mudah untuk kita tonton babak-babak yang boleh disifatkan sebagai berani mati ini dengan mudah di kaca televisyen mahupun secara digital. 

Apabila berbicara soal kreativiti, isu ini agak subjektif kerana setiap pandangan atau hujah yang disampaikan akan ada pengikut dan penentangnya. 

Mungkin waktu tayangannya tidak kena atau mungkin juga masyarakat kita sudah muak dengan kisah yang mengangkat penunggang agama sebagai subjek utama. 

Cukuplah sekadar baca kisah penunggang-penunggang agama atau haruan makan anak dalam surat khabar atau berita semasa. Tidak perlu divisualkan untuk tetapan masyarakat terutamanya dalam bulan yang mulia. 

Lama juga stesen televisyen di Malaysia tidak menyajikan penonton dengan drama-drama yang bertemakan Ramadan. Rindu drama-drama seperti Diari Ramadan Rafique dan Seputih Qaseh Ramadan.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI