fbpx

Remaja OKU bakar 3 gerabak kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah gerabak kereta api yang terbakar di Stesen Tugu, Yogyakarta pada Rabu lalu. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan selepas membakar tiga gerabak kereta api di Yogyakarta,  lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Suspek yang dikenali sebagai M, berstatus orang kelainan upaya (OKU) mempunyai masalah pertuturan. 

Pegawai polis tempatan, Endriadi berkata, suspek bertindak sedemikian kerana diarah untuk turun daripada kereta api sebanyak sembilan kali. 

“Suspek berasa sakit hati kerana sering diusir selepas tidak memiliki tiket,” katanya.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan M membakar sekeping kadbod sebelum dicampakkan ke dalam gerabak kereta api. 

Kebakaran tersebut menyebabkan tiga gerabak hangus dijilat api. 

“Suspek kini ditahan soal siasat,” kata Endriadi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI