fbpx

Penjenayah bertopeng samun hab syarikat kurier RM46,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian itu.

KLANG – Tiga penjenayah bertopeng bersenjatakan parang bertindak nekad menyamun wang berjumlah RM46,000 di hab pengumpulan barangan sebuah syarikat kurier di Meru di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 12.36 tengah hari itu, kesemua suspek menaiki sebuah kereta Perodua Bezza yang menggunakan nombor plat palsu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun mengenai kes samun wang tunai itu, pukul 1.19 petang.

Jelas beliau, kejadian berlaku ketika pengadu dan pekerja lain sedang melakukan proses mengira wang di premis tersebut.

“Siasatan mendapati tiga suspek berparang dan bertopeng muka bertindak melarikan wang tunai RM46,000 milik syarikat kurier berkenaan,” katanya hari ini.

Menurut Vijaya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Tambahnya, polis kini sedang mempergiatkan usaha memburu kesemua suspek da kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fazlan Rezza di talian 011-10561017 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI