fbpx

Pengarah syarikat, akauntan ditipu tender kerajaan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Dua individu menjadi mangsa penipuan sindiket penipuan atau scammer berkaitan tender kerajaan palsu melibatkan kerugian keseluruhan RM86,700.

Mangsa pertama merupakan pengarah syarikat yang diperdaya sebanyak RM72,300 manakala seorang akauntan menjadi mangsa kedua melibatkan kerugian RM14,400.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa pertama berusia 555 tahun telah dihubungi suspek yang mengaku kononnya wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya pada 6 Mac lalu.

“Suspek menawarkan mangsa projek kononnya membekal ‘power station’ (stesen kuasa elektrik mudah alih) untuk JKM Besut.

“Mangsa kemudiannya telah diarahkan untuk membuat pembayaran RM72,300 kononnya sebagai pembelian awal peralatan pembekalan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, pengarah syarikat itu kemudiannya curiga dengan tawaran pembekalan sebelum membuat semakan dengan agensi terlibat dan menyedari tender pembekalan tersebut sebenarnya tidak wujud.

Beliau berkata, kes kedua pula melibatkan seorang akauntan berusia 43 tahun yang ditawarkan projek pembekalan 80 kotak kurma kononnya untuk majlis berbuka puasa dijadual pada hari ini.

“Tender itu ditawarkan oleh seorang suspek yang mengaku kononnya pegawai tentera berpangkat Mejar pada Selasa lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI