fbpx

Pemandu treler bawa muatan ‘senget’ disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan treler berkenaan membawa muatan secara merbahaya.

SUBANG JAYA – Polis mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu treler yang memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas video kejadian itu tular di media sosial pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mengesan pemandu berusia 23 tahun itu dan mengambil keterangannya pada pukul 3 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati pemandu tersebut mengaku cuai dalam mengendalikan kenderaannya sehingga menyebabkan muatan treler tidak diikat dengan kemas, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Tindakan saman telah dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas, LN 18 166/1959 kerana membawa muatan berbahaya dan tidak kemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius sikap sambil lewa pemandu kenderaan berat yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Jelasnya, penguatkuasaan berterusan akan dijalankan bagi memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu gagal memastikan muatan diikat rapi yang mana kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI