JAKARTA – Seorang pelajar perempuan menerima kecaman orang ramai kerana meninggalkan bayinya sejurus selepas bersalin di sebuah warung, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) di Batubara, wilayah Sumatera Utara.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian yang disiarkan di platform Instagram memaparkan gadis itu bersalin secara berdiri tanpa sebarang bantuan.
Dia kemudian meletakkan bayinya di kawasan semak-samun sebelum melarikan diri.
Penduduk tempatan menemui bayi itu sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya.
Polis Indrapura berkata, pihaknya telah menahan dua suspek yang terlibat dalam pembuangan bayi tersebut.
“Ibu bayi itu merupakan seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun,” kata polis. – AGENSI