fbpx

Lubang benam ketiga dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lubang benam ketiga di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di Gua Musang hari ini

 

GUA MUSANG – Kejadian lubang benam ketiga dikesan berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini pada pukul 1.30 pagi tadi iaitu pada jarak tujuh meter daripada lubang benam kedua.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pengguna jalan raya yang ingin ke Cameron Highlands, Pahang atau Ipoh, Perak dinasihatkan terus menggunakan laluan alternatif Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh-Cameron Highland.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR), lubang benam itu berlaku dari arah Gua Musang ke Cameron Highland. Lubang benam itu dianggarkan sedalam lima meter dan laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan atas nasihat daripada pihak JKR,” katanya.

Kejadian lubang benam sedalam enam meter di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing dikesan pada 23 November tahun lalu, manakala lubang benam kedua sedalam sembilan meter berlaku pada 12 Disember lalu di lokasi sama dengan jarak lima meter dari lubang benam pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI