fbpx

Lima syarikat kerja tapak ECRL rugi RM639,773, sub kontraktor ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nyuk Lin menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas tidak mendapat bayaran kerja di tapak ECRL di Bentong hari ini.

BENTONG – Lima pemilik syarikat pengangkutan yang melakukan kerja-kerja tanah untuk pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini mendakwa ditipu sub kontraktor sehingga mengalami kerugian melebihi setengah juta.

Syarikat terlibat ialah Gian Soon Earthwork Contractor, Lian Soon Transport Services, Taimah Builders Sdn. Bhd, The Choon Ling Enterprise dan Perlombongan L.S. Choong Sdn Bhd yang melibatkan kerugian sebanyak RM639,773.

Wakil pemilik Syarikat Choong Nyuk Lin,63, berkata, dia dan pemilik syarikat lain gagal menghubungi syarikat sub kontraktor terbabit yang telah pun ditutup dan pemiliknya difahamkan telah pulang ke China.

“Kira-kira 10 kali saya telah pergi berjumpa dengan pihak kontraktor utama namun mereka meminta saya mencari pihak sub kontraktor, saya difahamkan pemiliknya telah balik ke China.

“Memang rugi kali ini dan saya memohon jasa baik daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk menyelesaikan masalah kami ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya susulan itu dia dan wakil empat syarikat lain telah membuat laporan polis pada 5 Ogos lalu serta membuat aduan di Pejabat Buruh.

Katanya, pihaknya juga telah menghantar lima surat daripada pihak guaman namun tiada apa-apa respon daripada pihak syarikat sub kontraktor terbabit.

Dia memberitahu syarikat sub kontraktor berkenaan gagal membayar upah selama tiga bulan iaitu Mei, Jun dan Julai yang berjumlah RM639,773.72.

“Kami buntu dan tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan, kami pergi ke syarikatnya namun mendapati ia sudah kosong, jadi bagaimana lagi kami boleh buat jika betul dua sudah lari ke China.

“Sepanjang lebih 20 tahun inilah kali pertama saya ditipu dalam perniagaan, kami tidak sangka projek besar sebegini pun kami tertipu dan berharap ada yang boleh membantu,”katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketati, Thomas Suu berkata, beliau telah membawa kesemua pemilik syarikat berkenaan untuk membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja namun sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI