fbpx

Liga Europa: Spurs bangkit sahkan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODOBERT (kanan) memacu kebangkitan Spurs apabila meledak dua gol ketika pasukan itu menewaskan AZ Alkmaar awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui tidak terkejut apabila pasukannya kembali menemui rentak prestasi selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Europa apabila menang agregat 3-2 ke atas AZ Alkmaar awal pagi semalam.

Pada perlawanan di laman sendiri itu, Spurs yang tewas 0-1 pada aksi pertama di tempat lawan minggu lalu mempamerkan kebangkitan untuk menang 3-1 hasil jaringan berganda Wilson Odobert dan satu lagi gol sumbangan James Maddison.

Menurut Postecoglou, kehadiran semula ramai tonggak utama yang pulih daripada kecederaan menjadi salah satu faktor pasukan kembali berada pada prestasi terbaik dalam usaha memburu trofi pertama bagi tempoh 17 tahun.

“Keputusan positif yang kita raih sejak beberapa perlawanan lepas bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ramai pemain penting kami sudah kembali bersama pasukan dan barisan kejurulatihan dapat mengatur kesebelasan utama dengan lebih baik.

“Saya rasa jika diberikan sedikit masa lagi, kita akan bersedia untuk mengharungi perlawanan suku akhir dengan lebih hebat kerana pemain-pemain seperti Cristian Romero, Micky van de Ven dan Dominic Solanke belum mencapai tahap kecergasan penuh,” katanya.

Sementara itu, Postecoglou turut memuji impak yang dipamerkan Odobert selepas pemain muda dari Perancis itu dikritik ekoran gagal beraksi dengan konsisten sejak berhijrah daripada kelab Burnley tahun lalu.

“Ketika menandatangani Odobert, saya percaya kita sebenarnya memiliki pemain yang berpotensi cukup besar. Cuma, dia tidak bernasib baik apabila sering dihimpit kecederaan tetapi kini dia sudah bersedia untuk berikan yang terbaik pada setiap perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI