fbpx

Lelaki ‘baran’ tumbuk pelajar hingga patah hidung direman sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar cedera selepas ditumbuk seorang lelaki gara-gara berselisih faham di atas jalan raya.

KAJANG – Lelaki yang ditahan selepas memukul seorang pelajar sekolah menengah ekoran selisih faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian, semalam, direman selama sehari hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kenyataan enam individu telah dirakam, reman dibenarkan sehari sahaja oleh mahkamah,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Semalam, Kosmo! melaporkan, suspek berusia 39 tahun itu ditahan selepas memukul seorang pelajar sekolah menengah dalam satu kejadian selisih faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian.

Naazron berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada pukul 9.24 malam yang memaklumkan dipukul suspek kira-kira pukul 2.15 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham antara kedua mereka. Mangsa mengalami kecederaan retak tulang batang hidung akibat dipukul dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik,” katanya.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, suspek yang merupakan penasihat agensi pelancongan berjaya ditahan pada pukul 9.50 malam bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita berhubung klip video dikaitkan suspek sebelum ini, beliau berkata, perkara berkenaan tidak dapat disahkan.

“Kepada sesiapa ada maklumat atau yang menjadi mangsa dalam kes ini boleh tampil untuk membuat laporan polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI