fbpx

Jual tanah tanpa pengetahuan, pengurus hotel ditipu rakan RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus hotel mendakwa kerugian RM60,000 akibat diperdaya rakan sendiri dalam urusniaga tanah miliknya di Besut pada lima bulan lalu.

Lelaki berusia 66 tahun tersebut mendakwa bukan sahaja anya menerima sebahagian kecil pembayaran gadaian tanah terbabit malah dua daripada 10 lot tanah terbabit telah ditukar hak milik tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, mangsa telah menyerahkan 10 keping geran tanah miliknya di Besut kepada rakannya itu untuk digadaikan bagi tempoh tiga bulan sahaja pada Oktober tahun lalu.

“Berdasarkan perjanjian kedua-dua pihak, mangsa mendakwa dijanjikan pembayaran RM250,000 bagi gadaian tanah terbabit.

“Begitupun, dia yang berasal dari Selangor mendakwa hanya menerima RM30,000 daripada suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, rakan mangsa berusia 57 tahun yang didakwa menjadi broker urusniaga tanah terbabit didakwa gagal dihubungi membuatkan dia curiga.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat semakan di Pejabat Tanah dan Daerah Besut mendapati dua lot tanah miliknya bernilai RM60,000 telah ditukar hak milik kepada pihak ketiga tanpa pengetahuannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI