fbpx

Herry anggap kempen All England gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dikatakan mengalami kecederaan tangan yang menjadi faktor kekalahan mereka di pusingan pertama. - AFP

AKSI hambar ditampilkan tiga beregu lelaki negara ketika tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton All England jelas mengecewakan ketua jurulatih beregu lelaki Akademi Badminton Malaysia (ABM), Herry Iman Pierngadi.

Pengendali dari Indonesia itu berkata, keputusan yang dicatat anak-anak buahnya mungkin disebabkan beberapa faktor selain menganggap penyingkiran seawal pusingan pertama sebagai satu kegagalan.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Herry IP turut mengakui, kekalahan dialami beregu-beregunya itu merupakan salah satu pengalaman paling buruk buatnya sejak bergelar jurulatih.

“Memang penampilan di All England tidak bagus kerana disebabkan beberapa faktor. Saya juga tidak pasti kerana tidak pergi ke sana tetapi ada mendapat maklumat daripada (Muhammad) Miftakh bahawa Aaron (Chia) ada kecederaan tangan.

“Apa yang boleh saya cakap, memang penampilan pada All England kali ini boleh dianggap gagal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat latihan di ABM, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Aaron-Soh Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada beregu muda Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun disingkirkan He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China.

Sementara itu, Arif Junaidi-Yap Roy King yang melakukan penampilan sulung pada All England tewas kepada gandingan China, Huang Di-Liu Yang.

“Berhubung Wei Chong-Kai Wun, saya fikir mereka mampu mengatasi beregu China itu tetapi aksi di set kedua kurang bagus kerana terlalu mengikut pemain lawan. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Arif-Roy King pula pertama kali beraksi (di All England), jadi Miftakh cakap mereka tidak dapat mengawal perasaan kerana terlalu teruja. Selain itu, mereka juga tidak dapat mengelak rasa gementar,” ujar Herry.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI