fbpx

Hamilton tenang perlumbaan debut Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON berharap dapat merekodkan keputusan positif dalam perlumbaan pertamanya bersama Ferrari musim ini.

MELBOURNE – Legenda Formula Satu (F1), Lewis Hamilton langsung tidak tertekan untuk membuktikan sesuatu menjelang debutnya bersama Ferrari pada Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park, Melbourne esok.

Selepas 12 tahun penuh gemilang bersama Mercedes dengan merangkul enam daripada tujuh kejuaraan dunia, Hamilton kini memasuki fasa baharu dalam kariernya bersama pasukan legenda Itali itu.

“Saya tak rasa tekanan dari luar. Tekanan itu datang dari dalam diri saya sendiri dan apa yang saya mahu capai. Saya di sini bukan untuk membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya dah lakukan semuanya berulang kali,” katanya.

Bagi Hamilton, matlamat utamanya bukan sekadar menyesuaikan diri dengan pasukan baharu, tetapi membawa Ferrari kembali ke puncak kejuaraan telah lama mereka dambakan sejak kali terakhir memenangi gelaran dunia pada 2007.

Dia turut mengakui masih dalam proses memahami jentera Ferrari yang menggunakan enjin berbeza daripada Mercedes.

“Kekuatan Ferrari memberikan getaran yang berbeza. Ia mengambil masa untuk membina kepercayaan dan memahami kereta ini sepenuhnya,” tambahnya.

Dengan Red Bull, McLaren, dan Mercedes turut dijangka memberi saingan sengit musim ini, Hamilton percaya 2025 bakal menjadi salah satu musim paling mencabar dalam sejarah moden F1.

Ferrari kini memiliki pemandu paling berjaya dalam sejarah F1 dan harapan peminat pastinya tinggi untuk melihat Hamilton mengembalikan kegemilangan pasukan itu di pentas tertinggi sukan permotoran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI